Make your own free website on Tripod.com

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ

 

Hari Valentine

 

“Musim cinta telah bermula.”

 

Ungkapan ini berkumandang lagi setiap Februari, hampir di seluruh ceruk dunia yang kebanyakannya negara Kapitalis. Mawar mekar, intan-berlian, lafaz cinta, dan janji manis – inilah 14 Februari, hari St. Valentine, diraikan berkurun lamanya, khusus untuk kekasih-kekasih.

 

Perkhidmatan pos menjadi “sang Cupid”, menyampaikan mesej “cinta sejati”. Bahkan anak-anak kecil pun sibuk membuat kad-kad dan cenderahati – pemberian untuk “si Valentine” idaman hati masing-masing.

 

Maka anda mungkin tertanya-tanya, jadi apa salahnya? Bukankah pada kesempatan sehari inilah boleh kita gunakan untuk menyatakan tulus kasih kita kepada suami atau isteri kita, dan untuk anak-anak kita bergembira? Namun, pernahkah terlintas di fikiran anda, siapakah St Valentine? Apakah asal-usul tradisi Valentine?

 

Pada kurun ke-5 Masehi, Gereja Katolik mengambil inisiatif untuk menghentikan satu upacara tahunan yang telah dipraktikkan oleh orang-orang Rom penyembah dewa  sejak kurun ke-4 Sebelum Masehi. Upacara itu yang diraikan pada bulan Februari ini ialah untuk meraikan perjalanan seorang pemuda menuju dewa Lupericus. Nama-nama gadis remaja diletakkan di dalam kotak untuk dicabut oleh pemuda-pemuda secara rawak. Pemuda-pemuda yang membuat cabutan akan bersama gadis-gadis berkenaan, untuk “keseronokan bersama” bagi tempoh setahun, iaitu sehingga cabutan akan datang.

 

Pihak gereja yang tidak setuju dengan upacara tidak berakhlak itu lalu memilih seorang “Kekasih Suci” (Lover’s Saint) untuk diraikan menggantikan Lupericus. Maka mereka memilih seorang paderi bernama Valentine yang dihukum mati pada kurun ke-3 Masehi kerana mengingkari Maharaja Claudius yang telah mengharamkan perkahwinan demi membentuk anggota tentera yang kuat yang tidak keberatan meninggalkan anak isteri. Paderi Valentine mengumpulkan dan mengahwinkan pasangan-pasangan kekasih secara rahsia. Kerana itu dia dipenjarakan dan dijatuhi hukuman mati. Dikisahkan, paderi Valentine menghantar mesej berbunyi “From your Valentine” kepada idaman hatinya, anak perempuan pengawal penjara menjelang saat beliau dijatuhi hukuman mati.

 

Macam-macam boleh dikatakan berkenaan “tradisi” ini, namun, umat Islam hendaklah nampak satu konsep penting di sini. Kita hendaklah sedar bahawa Islam adalah satu cara hidup menyeluruh, sumber rujukannya ialah semata-mata hukum syara’ bersumberkan wahyu. Inilah satu-satunya sumber semua upacara dan sambutan yang ingin diraikan oleh umat Islam. Jelas dari sumber-sumber ini, Islam melarang menyambut perayaan-perayaan kufur. Hari St Valentine contohnya, berasal-usul dari perayaan penyembah dewa yang sentiasa “diperbaiki” merentasi pelbagai zaman jahiliah.

 

Melalui hukum syara’, Islam menyatakan sejelas-jelasnya apakah perayaan umat Islam, dan apakah pandangan Islam terhadap perayaan-perayaan kaum kafir.

 

Anas bin Malik (RA) berkata, “Apabila Nabi (SAW) datang ke Madinah, masyarakatnya menyambut dua perayaan Jahiliah. Baginda (SAW) bersabda, “Apabila saya datang kepadamu, kamu menyambut dua perayaan yang dulu kamu sambut pada zaman jahiliah. Allah telah menggantikan dua perayaan ini dengan hari-hari yang lebih baik, hari korban (Adha) dan hari Fitri.”

 

Realitinya, membenarkan peniruan upacara dan amalan masyarakat Barat adalah satu cara halus untuk memadukan umat Islam dengan cara hidup kafir. Dalam masyarakat moden ini, konsep integrasi sering dicanangkan ke telinga kita, menyeru kita supaya menerima dan menjadi sebahagian daripada “masyarakat berbilang budaya”. Kita umat Islam hendaklah berhati-hati dan sedar bahawa ini adalah mekanisma kuffar untuk merombak pemahaman kita tentang cara hidup kita. Hari St Valentine hanyalah satu contoh, di mana hubungan di luar institusi pernikahan bukan sahaja dibenarkan malah digalakkan – satu perlanggaran biadap terhadap syari’ah, yang memelihara maruah dan tatasusila.

 

Di seluruh dunia Barat terutamanya, sekolah, universiti dan kelab-kelab mengadakan majlis dan parti Valentine, dan menyertakan anak-anak Islam ke arena pergaulan bebas, atas slogan integrasi – dan cinta. Sungguh sinis apabila direnungkan, bahawa matlamat yang cuba dicapai oleh gereja berabad dahulu adalah pemeliharaan institusi perkahwinan di sebalik sambutan Hari St Valentine. Sebaliknya yang terjadi ialah kembalinya kebejatan akhlak dalam masyarakat. Hari Valentine menjadi suis hubungan terlarang yang mengakibatkan zina, kehamilan luar nikah, pengguguran bayi dan segala macam yang merendahkan dan menghilangkan maruah dalam masyarakat. Maka, adakah mesej ini yang ingin kita sampaikan kepada anak-anak kita?

 

Dalam Islam, hubungan jantina antara lelaki dan perempuan dijelaskan dalam hukum syara’ pada satu sistem, iaitu perkahwinan.

 

Ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Nabi (SAW) bersabda, “Wahai para pemuda, sesiapa di kalangan kamu yang mampu, hendaklah mereka berkahwin, kerana ia membantu menundukkan pandanganmu, dan menjaga kehormatanmu (iaitu kemaluan, dari seks haram). Dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah dia berpuasa, sebagai penjagaan baginya.”

 

Hukum syara’ memastikan bahawa masyarakat yang terbina di atasnya bebas dari kerendahan akhlak dan mempunyai kesedaran moral yang tinggi. Inilah yang tidak ada dalam masyarakat Barat, tetapi malangnya negeri-negeri orang Islam mula mengalami hal yang sama juga. Syara’ mengiktiraf keperluan dan naluri lelaki dan perempuan. Institusi keluarga dilindungi dan diperkukuhkan melalui pengharaman zina, curang, pergaulan bebas dan peraturan pakaian.

 

Seabgai orang Islam yang tinggal di negara berbilang kaum, kita hendaklah sedar tentang akibat integrasi. Setiap pemikiran dan tindakan seorang Islam hendaklah dirujuk kepada hukum syara’ sebagai satu-satunya sumber panduan kita. Sama ada ia satu perbuatan, ataupun keputusan dalam kehidupan umum dan khusus, kita bertindak hanyalah setelah mengetahui hukum-hakamnya. Jika tidak, kita menjadi mangsa kepada longgokan konsep-konsep kafir yang rosak yang mengelilingi kita dalam masyarakat bukan Islam – seperti kebebasan, demokrasi, integrasi dan mementingkan diri. Sedemikian juga, apabila kita mula mengambil piawai tidak Islami dalam hidup kita demi menggembirakan orang lain di sekitar kita, awaslah kerana ia akan menyesatkan kita, dan bergembiralah orang-orang kafir itu apabila agama Islam kita terkorban.

 

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

Dan orang-orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan berpuas hati terhadap kamu sehinggalah kamu mengikut millah (jalan hidup) mereka.” (Al-Baqarah 2: 120)

 

Di sebalik setiap kisah dongeng, kepercayaan karut, novel, lagu, perjanjian, akhbar, dokumentari, perundangan dan ideologi kafir, tersembunyi konsep-konsep bahaya yang menyalahi hukum syara’. Dan lebih penting lagi, mempunyai potensi untuk mengancam kefahaman dan keberterusan kita dengan ideologi dan cara hidup Islam. Maka tetaplah kita dengan Islam kita secara syumul.

 

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا

“Pada hari ini, telah Aku lengkapkan bagimu agamamu, dan dan telah Aku sempurnakan nikmat-Ku, dan telah Aku pilih Islam sebagai agamamu.” (Al-Maidah 3:3)

 

 

 

 

Diterjemahkan dan disesuaikan daripada:

Nazia Jalali, Valentine’s Day, Khilafah Magazine, Zulhijjah 1423 = Februari 2003

 

 

 


 

Email Mengenai Valentine's Day

 

From: quaint corals >To: sazryien@yahoo.com, thechaosmaker_cahayamaduauthentic@hotmail.com, mhs_007@hotmail.com, the_coxz@yahoo.com, kumbang_gergasi@yahoo.com >Subject: Re: FW: [kisas] JANGAN SAMBUT VALENTINE! >Date: Sun, 8 Feb 2004 21:02:27 +0800 (CST) > > > >muzlifah mohd noor wrote: > > > > > > >From: "pedangaku" > >To: kisas@yahoogroups.com > >Subject: [kisas] JANGAN SAMBUT VALENTINE! > >Date: Sat, 07 Feb 2004 03:52:14 -0000 > > > >"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya > >sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" (maksud Hadis) Nabi > >Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar > >Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan kejerihan. > > Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup > >pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang > >terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol > >pada zaman lampau. Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala > >tarikh kejayaan St.Valentino dan konco-konconya menawan Cordova > >daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi pelik sungguh, > >tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul > >Awal itu sendiri. > > > >Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang di > >kalangan sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan. Hari ini ia > >sekali disambut lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan > >kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, > >mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, > >bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya. Ada pula > >yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah untuk mengingati > >orang lain yang dikasihi selain daripada kekasih seperti ibu bapa dan > >sebagainya. Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri > >daripada umat Islam atau tidak, ada media yang mengucapkan Selamat > >Hari Valentine, menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada > >juga media Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai > >lagenda pada tajuk salah satu rencananya. Malah ada juga media > >elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine. > > > >Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat > >begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya > >melebihi Rasulullah? Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, > >Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama > >sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling > >berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. > >Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan > >Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk > >di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi. > > > >Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang > >berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu > >dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino > >dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan > >sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut > >setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino > >sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. > >Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya > >semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella > >itu. > > > >Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan > >mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam > >manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh > >kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih > >pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya > >Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan > >kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan > >yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus > >menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana > >Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan > >pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh > >berkahwin. > > > >Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas > >memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap > >mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari > >sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. > >Valentino sendiri. > > > >Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat > >Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa > >lebih-lebih lagi pada bulan Syawal yang mulia ini. Atau pun, mereka > >hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak > >mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. > > > >Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang > >lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan > >boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran > >orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredhai > >seperti mengadakan kenduri doa selamat atau sebagainya. Rasulullah > >sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana Baginda adalah manusia > >yang paling mencintai umatnya