Make your own free website on Tripod.com

Ulama’ vs Peramugari

 

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk penerbangan ke sebuah negeri. Apa-bila tiba waktu solat, tanpa berlengah- lengah dia pun menuju ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

 

Peramugari: “(dengan suara dikeras-kan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.”

 

Ulamak: “(dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali sau-dari mencuci muka saudari dalam satu hari?”

 

Peramugari: “(dengan sifat ang-kuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.”

 

Ulamak: “(dengan bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.”