Sifat Mazmumah
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam
diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak
terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu
org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta
secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang
didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes
dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,
pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.
(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih
sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi
bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang
lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan
puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut⦠walau berapa
banyak yg diminum tetap tak abis jugakā¦lagipun org tamak selalu rugi.. **
Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh
kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.
(mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah&nbs p; rezeki itu sedikit tetapi
mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila
hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja
bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun
batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma
tinggi/rendah tahap keegoan tersebutā
8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah
amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita
riak..takabbur dgn aper yg kita ada
9. Cinta dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila
sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati
jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas"
akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat
dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara
TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah
MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia
jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama
lain andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya