Make your own free website on Tripod.com

SAYA BERTAUBAT

 

Pengalaman aneh DJ disko:

 

KUALA LUMPUR: Pengalaman menjengah alam kubur ketika koma selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya kira-kira empat tahun lalu, merupakan satu detik yang tidak akan dilupakan oleh Hanafiah Hassan, 21, sepanjang hayatnya.  'Peristiwa itu cukup menakutkan dan seolah-olah saya betul-betul berdepan dengan kematian," katanya. Bekas DJ (Disc Jockey) di sebuah pusat hiburan di ibu kota itu berkata, selepas mengalami kemalangan jalan raya, dia terlantar selama sebulan termasuk dua minggu berada dalam koma di Hospital Kuala Lumpur.

 Menceritakan pengalaman sewaktu berada dalam koma, Hanafiah yang berasal dari Datuk Keramat, disini berkata, ketika itu dia merasakan dirinya betul-betul berada di alam lain yang cukup menakutkan dan sukar untuk digambarkan. "Ketika itu saya tak ingat apa-apa.! Cuma yang saya tahu, saya berada disatu tempat yang cukup asing dan gelap. Saya menjadi lemas dengan situasi yang tidak pernah saya alami itu.' "Tiba-tiba saya terdengar satu suara bergema dengan kuat sekali memberitahu, saya kini berada di alam kubur," katanya. Bila terdengar suara itu, saya begitu takut dan seluruh anggota saya menggigil serta bermandi peluh. "Tidak sampai lima minit ke-mudian, tiba-tiba saya terasa tubuh saya dihimpit sedikit demi sedikit dari arah kiri dan kanan hingga tulang rusuk  saya bercantum," ujarnya. Hanafiah berkata, dia dapat melihat dengan jelas bagaimana tulang- temulangnya hancur satu persatu, termasuk kulit di badannya turut tertanggal apabila dititik dengan timah cair. "Saya terpekik terlolong minta tolong. Sakitnya tidak boleh di-gambarkan. Hanya Allah saja yang tahu. Bayangkan tulang-temulang yang hancur kemudian bercantum semula, begitulah seterusnya yang terjadi ke atas saya benulang-ulang kali,'katanya.

Menurut Hanafiah, dia langsung tidak ingat berapa lama tempoh dia di-seksa di-alam kubur, cuma pada masa itu, dia hanya terbayang perbuatan lampau-nya yang banyak bergelumang dengan maksiat. "Bayangkanlah ketika berumur 13 tahun, saya sudah kenal botol arak dan perempuan. Kelab malam seolah-olah menjadi rumah kedua bagi saya. "Nak sembahyang pada masa itu jauh sama sekali, sebaliknya saya lebih suka mencari keseronokan dengan pelbagai cara," ujarnya memberitahu ketika tengah 'top' dia lebih dikenali dengan nama Black. Hanafiah berkata, ketika di-azab, dia masih sempat berdoa kepada Tuhan agar dirinya dikembalikan semula ke dunia. "Selepas berdoa saya terus tersedar dan saya lihat ramai sanak-saudara mengelilingi saya.

Selepas itu mereka memberitahu, saya sudah dua minggu tak sedarkan diri," katanya. Menurut pemuda itu lagi, sebaik sahaja sedar dari koma, dia dapati tangan dan kaki kiri-nya tidak dapat bergerak kerana lumpuh. "Saya percaya tangan dan kaki kiri saya lumpuh ada kaitan dengan kejadian yang berlaku semasa tubuh saya, dihimpit," katanya.

Mengimbas detik-detik ditimpa kemalangan, Hanafiah berkata, ketika itu dia bersama teman wanitanya. Kenderaan yang dia pandu bertembung dengan sebuah van, di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada suatu tengah malam empat tahun lepas. Dalam kemalangan itu, teman wanita Hanafiah menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian, manakala dia sendiri mendapat cedera parah. "Kalau tidak kerana kemalangan, sudah tentu sampai sekarang, saya terus bergelumang dengan dosa dan noda yang tidak berpenghujung," katanya.

Dalam pada itu, Hanafiah bersyukur kerana di sebalik kecelakaan yang menimpanya dia beroleh taufik dan hidayah Allah untuk terus hidup di landasan yang benar. "Saya tidak menyesal sekali pun tangan dan kaki kiri saya tidak lagi segagah dulu: Saya bersyukur mendapat anugerah yang cukup besar dalam hidup saya iaitu Iman yang tidak dapat di-tukar ganti sekalipun dengan nyawa," katanya lagi. Walaupun hidupnya sebelum ini bengelumang dosa, namun pemuda itu percaya masih belum terlambat baginya menebus kehidupan silam dengan cara mendekatkan diri dengan Allah. “Masjid KEMENTAH sekarang tak ubah seperti rumah saya. Di sinilah saya mengerjakan ibadat harian dan juga menimba ilmu agama bagi memenuhi tuntutan sebagai seorang Islam," katanya. Dia di-temubual wartawan Perdana di masjid itu minggu lepas.

   

    SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KUASA..