Make your own free website on Tripod.com

Larangan minum berdiri dan gelojoh 

 

 

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya : Jangan minum terus menerus seperti cara haiwan minum. Tetapi minumlah 2 teguk, 2 teguk, dan 3 teguk, 3 teguk. Dan bacalah Bismillah apabila kamu minum dan Alhamdulillah selepas kamu meminumnya

( Hadis riwayat Imam At-Tarmizi ).

 

        Islam menyediakan panduan dan adab kepada umatnya ketika minum supaya mereka selesa dengan perbuatan itu dan menjauhi mereka daripada perkara buruk. Minum secara gopoh akan membuatkan seseorang itu tersedak. Oleh itu adalah baik minum secara tidak berterusan supaya air supaya air boleh masuk ke dalam badan dengan lebih sempurna.

        Begitu dengan adab membaca Bismillah supaya kita dijauhi daripada sebarang bencana atau musibah yang terkandung dalam air yang hendak diminum itu. Kita juga patut bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah kerana diberikan rezeki dan dapat minum dengan sempurna.

        Islam juga menasihatkan umatnya daripada meminum air dalam tempat simpan seperti teko atau cerek dan sebagainya. Makruh meniup ke dalam air yang akan diminum sama ada air itu panas atau sebagainya. Ini menunjukkan  Islam mementingkan kesihatan bagi umatnya dan mengajar supaya mereka tidak tergopoh gapah untuk minum sehingga tiada kesabaran menunggu dan menanti air itu sejuk terlebih dahulu.

        Islam juga menegah umatnya minum atau makan sambil berdiri. Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud : Jangan sekali-kali seseorang daripada kamu membiasakan minum berdiri. Siapa yang terlupa, hendaklah dia memuntahkan kembali minuman itu.