Make your own free website on Tripod.com

Lelaki dan Perempuan

 

 

Allah telah menjadikan manusia ini
  berpasang-pasangan.
  Malam pasangannya siang,
  jaga pasangannya tidur,
  rajin pasangannya malas dan
  lelaki pasangannya perempuan.
  Kerana perempuan adalah
  pasangan kepada lelaki,
  maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
  itu dapat memikat hati lelaki.
  Bila berkata tentang terpikat,
  maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
  Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
  ianyanada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
  Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
  dengan iman.
  Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
  Allah dan RasulNya dan menjauhi
  laranganNya.
  Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
  Simbol apa, semua orang tahu.
  Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
  tidak dikawal dengan iman.
  Maka mata lelaki ini selalu menjalar
  apabila terlihat seorang perempuan.
  Setiap bentuk badan seorang
  perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
  dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
  Apabila seorang lelaki terlihat seorang
  perempuan, maka perkara pertama yang akan
  dilihatnya ialah
  rambut wanita berkenaan.
  Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
  seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
  Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
  rambutnya.
  Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
  mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
  bentuk lehernya,
  maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
  Maka mata lelaki itu akan turunlagi
  melihat bentuk payu daranya,
  maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
  payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
  Setelah itu mata lelaki akan
  turun lagi melihat
  bentuk ramping pinggangnya,
  maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
  bentuk pinggangnya,
  maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
  bentuk punggungnya,
  maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
  agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
  lelaki itu akan pula melihat
  bentuk pehanya,
  maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
  yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
  pehanya walau sedikit,
  maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
  bentuk kakinya pula,
  maka janganlah wanita ituberseluar, kerana
  terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
  muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
  jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
  sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
  sepontan, entah tak tahu kenapa?
  Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
  akan bentuk kakinya,
  maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
  kepada kakinya,
  maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
  itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
  melabuhkan kain, atau memakai stoking yg warnanya
  jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
  maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
  akan melihat pula
  bentuk tangan wanita itu,
  maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
  tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada
  pandangan lelaki.
  Maka wahai lelaki,
  janganlah pula kamu melihat mukanya,
  kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
  kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
  Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
  cantik akan menimbulkan fitnah,
  maka berpurdahlah kamu,
  jika itu lebih baik untuk kamu.
  Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
  penyakit,iaitu mata
  lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
  ia terlihat
  warna yang menyerlah atau terang
  jika ianya berada pada perempuan.
  Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
  memakai pakaian yang warnanya terang-terangan
  sangat.
  Jika hendak pakaipun, pakailah untuk suami.
  Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin
tahu
  apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
  diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
  jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
  pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
  jangan keluar sorang2,keluarlah dengan
  mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita
agar
  tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
  janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
  walau muslimah itu telah menutup aurat,
  insyaAllah selamat dunia akhirat. Seperti firman
  Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah
  kemaluanmu".
   Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
  sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
  masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
  lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
  mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
  dilarangi oleh Allah SWT.
  Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.




Sesungguhnya segala sesuatu itu datang daripada ALLAH S.W.T, maka hendaklah kita redha akannya namun mengharapkan sesuatu itu jatuh ke riba tanpa usaha adalah suatu kezaliman. Berikhtiar dan bertawakkallah nescaya kejayaan itu milik kita dangan kaizinan yang Maha Esa.