Make your own free website on Tripod.com

Khasiat Surah Yassin

 

 

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin

kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

 

       Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

 

       Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

 

       Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

 

       Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

 

       Jika terpenjara akan dibebaskan.

 

       Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya

 

       Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

 

       Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

 

       Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

 

       Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

 

 

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-

Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan                 pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali

 

. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka

membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat

berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya

diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut

menyembahyangkan jenazahnya".

 

. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka

membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa

minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan

dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit

ketika nyawanya diambil.

 

Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat

dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan

rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya

pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan

dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa

yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik