Rasulullah s.a.w
telah bersabda yang maksudnya:”Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat
iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”
Huraian
1. Kita perlu beradab dengan Rasulullah SAW dalam semua keadaan sekalipun
baginda sudah wafat.
2. Adalah tidak memadai mengasihi Rasulullah dengan sekadar berselawat
memuji baginda sahaja sedangkan diri kita tidak pernah mencontohi segala
tindakan dan akhlak baginda tetapi mengasihi Rasulullah mestilah
disertakan dengan segala tindakan anggota badan iaitu dengan mendirikan
segala kewajipan beribadat serta berusaha melaksanakan tuntutan yang lain
sebagai menandakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran
Islam yang dibawa oleh baginda.
3. Cintakan keluarga baginda pula bererti menjaga kemuliaan atau nama baik
keluarga Rasulullah iaitu tidak membiarkan sebarang fitnah dan cercaan
berlaku oleh orang-orang kafir atau mereka yang mahu mengkhianati Islam.
4. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga
keteguhan iman dan aqidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa
membacanya dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar
terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.
|