Make your own free website on Tripod.com
*** Iblis ***
 
"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, 
 
"wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam
tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu,
oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." 
 
Firman Allah: 
 
"Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas." 
 
Iblis bertanya lagi: 
 
"Wahai Tuhanku,Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid,
di  manakah pula tempatku berkumpul?" 
 
Firman Allah: 
 
"Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar,pesta,pusat membeli belah,
kelab malam,tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."
 
Iblis bertanya:
 
"Wahai Tuhanku,Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran)
untuk mereka membacanya,tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" 
 
Firman Allah: 
 
"Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan." 
 
Iblis bertanya: 
 
"Wahai Tuhanku,Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar,
apakah pula cerita bagiku?" 
 
Firman Allah: 
 
"Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta." 
 
Iblis bertanya: 
 
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk 
mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?" 
 
Firman Allah: 
 
"Azan untukmu ialah seruling." 
 
Iblis bertanya: 
 
"Wahai Tuhanku,Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul 
dan juga nabi,siapakah yang menjadi utusanku?" 
 
Firman Allah: 
 
"Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan
dukun yang menduakan Aku." 
 
Iblis Bertanya: 
 
"Wahai Tuhanku,Engkau berikan kitab suci al-Quran yang
bertulis kepada mereka,apakah pula tulisan bagiku?" 
 
Firman Allah: 
 
"Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan." 
 
Iblis bertanya: 
 
"Ya Tuhanku,Engkau berikan anak Adam perangkap,
apakah pula perangkap bagiku?" 
 
Firman Allah: 
 
"Perangkap bagimu ialah wanita." 
 
Iblis bertanya: 
 
"Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal
yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?" 
 
Firman Allah: 
 
"Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan 
serta tidak disebutkan nama-Ku padanya." 
 
Sabda Rasulullah saw: 
 
"Wahai manusia,laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu.
Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan.
Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan
yang ringan namun berterusan."
 
(Hadis Riwayat Muslim)
 
Wallahu A'lam.