Make your own free website on Tripod.com

Kematian

 


Orang yang bijak ialah mereka yang bersiap sedia dengan amalan-amalan kebajikan bagi mengumpulkan perbekalan sebelum meninggalkan dunia ini dalam menuju alam akhirat. Mereka inilah yang berpandangan jauh ke hadapan dalam memikirkan apa kesudahan yang bakal dihadapi nanti. Sedangkan orang yang
jahil ialah orang-orang yang tertutup matanya daripada melihat kesudahan yang akan datang serta dilengahkan oleh kesenangan dan kelalaian, sehingga tidak dapat mengingati atau memikirkan kematiannya, sekalipun ia mengingatinya namun bukan dengan hati yang lapang, tetapi dengan perasaan yang dibius dengan nafsu kesenangan dan kelazatan kerana ingatan terhadap kematian itu tidak sampai menembusi jiwanya.

Lantaran itu persiapan paling awal mesti dibuat oleh setiap manusia yang bernyawa iaitu mengingati mati. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : Perbanyakkanlah mengingat-ingat perkara-perkara yang menghapuskan kelazatan (maut). Sebahagian ulama berkata : ``Sesiapa yang banyak mengingati mati,
maka ia akan mengutamakan tiga perkara iaitu segera bertaubat, berhati tenang dan rajin beribadah. Manakala sesiapa yang melupakan mati, ia akan menderita tiga perkara iaitu menunda-nunda taubat, tidak rela hidup sederhana dan malas beribadah.

Perbuatan-perbuatan yang dapat menolong seseorang untuk mengingati detik kematian dan beramal untuk hari kemudian, di antaranya ialah menziarahi tanah perkuburan, memandikan mayat dan menyembahyangkan jenazah. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. daripada Abu Dzar yang bermaksud :
Ziarahilah kubur kerana ia dapat mengingatkanmu kepada akhirat. Mandikanlah mayat
kerana mengurus jasad orang mati merupakan nasihat yang mendalam dan sembahyangkanlah jenazah kerana mudah-mudahan dapat meruntuhkan (menyedihkan) hatimu, kerana orang yang bersedih di bawah naungan Allah bererti menghadapi segala kebajikan.

Di dalam satu hadis Aisyah pernah bertanya Rasulullah s.a.w. : ``Wahai Rasulullah, adakah akan dihimpun sesuatu golongan bersama-sama dengan para syuhada?'' Jawab baginda Ya, iaitu sesiapa yang mengingati mati 20 kali sehari semalam.

Sesungguhnya hikmah daripada mengingati mati adalah supaya manusia sentiasa mengenangkan kehidupan yang kekal suatu hari nanti, persediaan menuju akhirat, penghapus dosa dan sebagai satu wasilah bagi mewujudkan perasaan zuhud dalam diri manusia. Malah Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa sekiranya manusia mengetahui selok belok perihal kematian, sudah pasti mereka akan kurangkan ketawa dan memperbanyakkan tangisan.

Secara normalnya, mati itu datang dengan terlebih dahulu diberi tanda-tanda sebagai peringatan, seperti sakit atau tua. Apabila usia melewati umur 45 tahun, alamat demi alamat dikirimkan untuk menyedarkan seseorang akan penamat usianya.

Tanda-tanda awal hampirnya kematian ialah mata mulai kabur, rambut mulai putih, giginya telah gugur, tenaga menjadi semakin lemah dan sebagainya. Umur umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sekitar 60 tahun merujuk kepada umur Baginda sendiri. Rasulullah telah menyatakan di dalam sabdanya yang bermaksud : Allah menangguhkan akhir ajal seseorang hingga sampai 60 tahun.

Ibnu Bathal berkata, usia 60 tahun menjadi batas akhir ajal seseorang kerana dalam usia itu dianggap waktu paling dekat menuju medan pertarungan (maut) dan pada usia itu nampak seseorang itu lebih pasrah, lebih khusyuk dan penuh harap. Hal seperti ini tidak lain adalah kerana kemurahan Allah terhadap hamba-Nya yang telah dibekali dengan ilmu pengetahuan, agama dan hidayah-Nya.

Tanda-tanda kematian juga dapat dilihat melalui suatu kelainan pada diri  manusia. Maksud kelainan itu termasuklah melakukan sesuatu perbuatan yang tidak pernah dilakukan sebelumnya selama hayatnya atau situasinya yang betul-betul luar biasa atau tingkah laku yang aneh pada pandangan orang lain.

 

 


Apabila ditimpa kesakitan, segala macam ubat tidak mampu menyembuhkannya, kadang-kadang membawa kepada tidak sedarkan diri seolah-olah tidak bernyawa. Ini menunjukkan saat-saat kematian itu semakin hampir.

 

Pada saat yang telah ditentukan, datanglah Malaikat Maut yang ditugaskan oleh Allah untuk mencabut nyawa. Firman Allah s.w.t. maksudnya : Katakanlah, akan diambil nyawa kamu oleh Malaikat Maut yang ditugaskan buat kamu, kemudian kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan. (As-Sajdah :11).

Menurut keterangan hadis, orang yang baik akan diambil rohnya oleh Malaikat Rahmat, manakala yang jahat akan dicabut nyawanya oleh Malaikat Azab.

Perhatikan firman-firman Allah s.w.t. yang maksudnya: Alangkah hebatnya sekiranya engkau melihat orang-orang zalim itu dalam sakaratul maut, sementara malaikat menghulur tangan-tangan mereka sambil berkata, keluarkanlah nyawa-nyawa kamu, pada hari inilah kamu akan dibalas dengan azab yang pedih. (Al-Ana`am : 93 )

Dan alangkah hebatnya kalau engkau melihat tatkala malaikat mematikan
orang-orang kafir sambil memukul muka-muka mereka dan punggung-punggung mereka dan berkata, rasakanlah seksaan yang membakar ini. (Al-Anfal : 50)

Orang yang dimatikan oleh malaikat dalam keadaan baik, malaikat akan berkata kepada mereka, kesejahteraan ke atas kamu dan masuklah ke dalam syurga dengan amal yang telah kamu kerjakan. (An-Nahl: 32 )

Sesungguhnya orang-orang yang berkata : Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap lurus, nescaya turun atas mereka malaikat yang berkata : Bahawasanya janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan bergembiralah dengan syurga yang pernah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat: 30)

Semasa roh dikeluarkan dari jasad, kesakitannya adalah sama seperti badan yang dicincang dengan pedang yang tajam sebanyak 300 kali. Begitulah antara lain keterangan daripada riwayat-riwayat hadis.

Ada riwayat yang menyatakan bahawa Nabi Idris sewaktu hayatnya, pernah meminta kepada Allah agar Malaikat Maut mencabut nyawanya untuk seketika, tetapi bukan untuk mati terus, sekadar untuk mencuba rasa sakitnya. Setelah diizinkan Allah, maka Malaikat Maut pun mencabut nyawa Nabi Idris. Setelah rohnya dikembalikan seperti biasa, Nabi Idris memarahi Malaikat Maut kerana kesakitan cabutan nyawa tersebut, jawab Malaikat Maut bahawa itu adalah cabutan yang paling baik dan perlahan.

Ini membayangkan betapa sakitnya cabutan roh oleh Malaikat Maut itu, maka tiada jalan lain bagi manusia melainkan bersungguh-sungguh melakukan amalan kebajikan seterusnya mengharapkan rahmat Allah agar dibantu dalam proses dicabut nyawanya kelak.

Bagi orang-orang mukmin, ketika nyawa mahu diambil, terdapat beberapa tanda di antara lainnya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Othman bin Affan, iaitu kedua-dua belah matanya terbeliak, dahinya berpeluh dan dua lubang hidungnya membesar. Ini bererti rahmat Allah turun kepadanya. Manakala
bagi orang-orang kafir, keadaannya berdengkur seperti orang tercekik, tubuhnya pucat dan mulutnya bertambah lebar. Ini menunjukkan seksa Allah telah turun kepadanya.

Di samping kedatangan beberapa malaikat yang memberitahu tentang terputusnya kelazatan dan kenikmatan hidup seseorang di alam dunia, iblis dan syaitan juga turut berkeliaran pada saat seseorang itu dalam keadaan nazak. Ini merupakan tempoh akhir yang paling genting bagi mereka untuk menghasut
dan memperdaya manusia supaya tergelincir imannya, seterusnya menjadi calon pengisi neraka seperti keseluruhan keturunan mereka.

Mereka mengelilinginya dengan menyerupai wajah orang-orang terdahulu yang amat disayangi oleh manusia tadi dan dengan bertopengkan wajah-wajah itu, mereka membisikkan supaya jangan mempercayai Allah, Rasul, kitab al-Quran dan hari kiamat atau dengan kata lain merayu supaya meninggalkan Islam.

Hanya orang yang kuat imannya serta mengekalkan solat dan puasa Ramadan tidak akan termakan hasutan iblis syaitan sehinggalah roh itu dicabut dari jasad mereka

Pada saat kematian semakin hampir, maka ketika itulah disarankan kepada orang yang hadir mengajar pesakit dengan ucapan La ilaha illallah (mentalqinkan mayat). Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. : Talqinkan La ilaha illallah kepada orang-orang yang hendak mati di kalangan kamu.

Ucapan ini jika disebut pada akhir hayat seseorang amatlah berharga
nilainya, sehingga dijelaskan oleh baginda s.a.w. akan diberi balasan
memasuki syurga.

 

 

 


Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT,

Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti
menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.

Cuba kita amati.

Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata

apa-apa... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang
menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan
kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.

Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya
ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal
hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah
"Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan
kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya
menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
"Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A..;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia...

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak
derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45
minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir
dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah
seringkali berfikir 2 atau 3 kali.

OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI
KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.