Make your own free website on Tripod.com

*****Email Dari Bumi@Duniafana.com*****

*** renungan.. buat insan  ***
   
Bismillahirrahmanirrahim 
 
Bahawasanya bumi ini setiap hari menyeru insan dengan 10 seruan:- 
1.   wahai anak adam,kamu berjalan di atasku akhirnya kamu akan kembali 
ke dalam perutku. 
2.   kamu berbuat maksiat di atas belakangku,kelak kamu akan diseksa 
di dalam perutku
3.   kamu bergurau di atas belakangku,kelak kamu akan sunyi 
di dalam perutku 
4.   kamu memakan makanan yang haram di atas perut, kelak mayat kamu 
	akan dimakan oleh ulat di dalamnya nanti. 
5.   kamu bergembira di atas belakangku, kelak kamu akan merasa susah 
	di dalam perutku.
6.   kamu sombong dalam kehidupanmu di atas belakangku, kelak kamu 
	akan hina di dalam perutku. 
7.   kamu berjalan di dalam cahaya di atas belakangku, tetapi kamu akan 
	duduk dalam kegelapan di dalam perutku.
8.   kamu mengumpul barang yang haram di atas pundakku, kelak kamu akan 
	hancur di dalam perutku.
9.   kamu berjalan dengan sukaria di dalam kehidupan duniamu,
	tetapi kamu akan jatuh kesedihan di dalam perutku.
10.kamu berjalan untuk berjemaah di atas belakangku,akan tetapi kamu 
	akan bersendirian di dalam perutku......." 
 

Wallahu A'lam..