Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

 

Vertical Scroll: ADUHAI REMAJAKU
Aduhai remajaku,
Tanyalah pada diri sendiri,
Apakah zaman yang paling kau gemari,
Zaman kemuncaknya segala kenikmatan,
Terlalu suka berseronok,
Hinggakan lupa kepada Yang Mencipta, 
Tentulah ketika dizaman remaja. 
Mereka memiliki segalanya,
Kesihatan tubuh badan,
Kecantikan paras rupa,
Kelapangan masa,
Dan timbunan harta benda.
Tetapi alangkah sedihnya,
Segalanya itu disalahertikan,
Untuk tujuan yang sia-sia.
Engkau diberikan nikmat kesihatan tubuh badan,
--Tetapi digunakan untuk melanggari perintahNya.
Engkau dianugerahkan kecantikan/ketampanan,
--Tetapi disalahgunakan untuk mencari pasangan.
Engkau dibekalkan masa yang lapang,
--Tetapi disia-siakan dengan enjoy disana-sini.
Engkau diamanahkan wang/harta oleh ibubapa,
Untuk dimanfaatkan sewaktu belajar,
--Tetapi dibazirkan dengan membeli barang yang 
tidak berfaedah..
**********************************************************
Akan tetapi, alangkah bahagianya hidup,
Jika dirimu menjadi remaja yang bertaqwa.
Engkau curahkan segala usia mudamu,
Untuk berbakti kepada yang Maha Esa. 
Jadikanlah…
Islam sebagai pegangan hidupmu,
(bknnya ikut cara Barat)
Nabi Muhammad sebagai idolamu,
(bknnya britney, AF2 @ ntah sape2x ntah)
Allah sebagai tempat kau mengadu,
(bknnya depan pakwe makwe) 
Masjid sebagai rumah keduamu,
(bknnya shopping complex dsb.) 
Dan akhlak baginda sebagai hiasan dirimu,
(bknnya akhlak orang kafir/munafik)
Sedarilah wahai sahabatku,
Destinasimu masih lagi jauh dihadapan,
Masih lagi banyak onak dan duri belum kau tempuhi,
Hanya berbekalkan iman dan amal,
Menjamin kejayaanmu didunia dan diakhirat.. 
Wassalam..